Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 kepada seluruh umat Islam terutamanya para peserta dan pengunjung setia blog soul power. Semoga tahun baru ini dipenuhi keberkatan dan di dekatkan hati kita kepadaNya

Read More......

Sunday, December 28, 2008

Terapi Alam


Dek banyaknya kita memikirkan hal dunia sering menyebabkan kita buntu dan sakit. Biar sebanyak mana kita memikirkan dunia namun dunia tidak pula bersimpati kepada kita. Beberapa hari lepas kebanyakan akhbar aliran perdana menulis tentang depresi atau kemurungan. Saya juga banyak menerima email yang sebegitu.

Masalah yang menimpa dan pendaman perasaan adalah satu dari unsur yang banyak menyumbang kepada kebuntuan otak dan perasaan. Semakin kita mencari jalan keluar semakin sempit lorong yang kita lihat. Semakin banyak orang yang kita temui semakin resah kita dibuatnya. Semakin banyak nasihat yang diterima,semakin berat masalah yang kita pikul. Akhirnya hidup jadi tidak keruan. Apabila ini terjadi kita akan mula mencari siapakah yang dapat membantu dan terapi apakah yang sesuai.

Hal ini berlaku pada seorang teman dan saya berterima kasih kepada beliau kerana membenarkan saya berkongsi ceritanya dalam artikel kali ini. Beliau seorang yang begitu rajin bekerja dan mempunyai cita-cita besar. Beliau seorang yang amat baik namun saya berpendapat dia juga seorang yang amat murah hati. Meminjam kata-kata filem P.Ramlee `biar baik hati tapi jangan murah hati’. Murah hati ini sebenarnya banyak bahaya dari baiknya kerana apabila seseorang itu murah hati maka selalunya dia tidak mampu menolak permintaan orang lain walaupun berlawanan dengan kehendaknya.

Begitulah dengan teman saya tadi, dia amat sukar menolak kemahuan orang lain. Jika sekiranya ada orang datang bertemu dengannya dan meminta pertolongan, dia akan menolongnya walaupun dia tidak mampu melakukannya. Contohnya sewaktu dia kekurangan wang dan pada waktu yang sama ada temannya datang meminta bantuan kewangan darinya. Biarpun dia kekurangan wang namun dia cuba sedaya upaya membantu hingga dia pula terpaksa meminjam dari orang lain. Setelah beberapa ketika,teman yang ditolong dahulu hilang entah ke mana dan dia pula terpaksa menanggung beban yang dilakukannya dahulu.

Teman saya ini pula kini menghadapi pelbagai masalah dan ditambah dengan beban yang sedia ada menjadikan dia tertekan. Akibatnya dia kini lebih suka menyendiri dan memendam rasa. Kualiti kerjanya merudum dan secara tidak langsung kualiti hidupnya juga merosot. Tidak salah jika baik hati kerana apabila baik hati kita akan memikirkan diri kita dahulu walaupun ianya kelihatan seperti pentingkan diri sendiri. Seharusnya kita pentingkan diri sendiri dalam beberapa hal.

Jika kita berkorban untuk orang lain dan pengorbanan itu atas dasar kasihan dan bukan atas dasar Tuhan, kita tanpa sedar membawa diri kita ke lembah masalah. Satu ketika nanti hilang kasihan maka timbul pula kebencian dan akibat kebencian ini timbul pula penyakit. Apabila kita berkorban atas namaNya, Allah pasti memberi pertolongan tetapi apabila atas nama kasihan, maka seharusnya kita bersedia menanggung akibatnya. Penyakit yang sering mendatangi manusia tanpa kita sedari.

Akibat tekanan perasaan yang berlarutan, teman saya mula mencari jalan keluar. Dia mencari orang boleh mendoakan dia agar kuat dan mencapai kekuatan diri. Puas dia mencari, asal dia tahu ada orang yang alim,dia akan pergi berjumpa hingga satu ketika dia hampir berputus asa kerana tekanan perasaannya masih tebal.

Setahun yang lepas dia datang berjumpa saya dan bertanya tentang terapi yang patut dia lalui.
Saya bertanya kepadanya, “seandainya kamu berjumpa orang yang alim yang tidak pernah sesaat pun melupakan Allah, apakah kamu suka dan mahukah kamu minta didoakan olehnya?’”
tanpa banyak bicara dia terus menjawab “ya itu pasti”.
Saya bertanya lagi kepadanya "apakah yang mampu membuat hati tenteram".
Dia berkata dia hanya jadi tenteram bila dia keluar berjalan.
“Ooo… begitu, bukankah hati hanya jadi tenteram apabila mengingati Allah?” tanya saya.
Dia membenarkan kata-kata tersebut tetapi dia berkata dia telah cuba berzikir namun masih juga tidak mencapai ketenteraman jiwa.
Ya, itulah yang selalu kita dengar. Ini kerana kita sering berzikir dibibir tetapi fikirannya melayang entah ke mana.

Dalam program Soul Power, kita perlu menjadikan fakulti jiwa, fakulti minda dan fakulti mulut berjalan ke satu destinasi yang sama. Tanpa destinasi yang sama, pastinya kekuatan diri tidak akan dapat dicapai.

Berbalik kepada teman saya tadi saya menjelaskan kepada teman saya bahawa jika kita lihat dari satu sudut gelombang otak, hanya dengan mengingati Allah dengan ketiga-tiga fakulti itu tadi akan membawa seseorang itu ke satu tahap gelombang yang rendah. Justeru itu gelombang di kaabah begitu rendah kerana di sana manusia mengingati Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

Saya terangkan lagi, selain manusia, jin dan syaitan, alam ini kesemuanya bertasbih kepada Allah selama 24 jam sehari dan mereka tidak pernah melanggar amanah Allah.

Dalam suarah Al Isra :44, Allah berfirman:
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun".

Pastinya jika kita kenal orang yang mengingati Allah swt dengan seluruh jiwa dan raganya, kita akan mahu bersamanya selama kita hidup. Mengapa tidak kita duduk bersama dengan pokok dan binatang. Kita memandang remeh akan kedudukan tumbuhan dan binatang kerana meraka tidak setaraf dengan kita. Jika anda mempunyai masalah sama dengan teman saya maka saya syorkan satu terapi yang murah bahkan adakalanya boleh didapati secara percuma. Namanya terapi alam. Terapi alam ini bermaksud kita menjadi sahabat kepada alam. Persoalan yang mungkin timbul adalah mengapa alam dan apakah manfaatnya.

Alam mengandungi pelbagai makhluk yang ada di dalamnya. Antaranya angin, tumbuhan dan binatang. Mereka ini tidak pernah lupa pada Tuhan tidak sebagaimana manusia yang sentiasa sibuk dalam urusan dunianya. Mereka yakin pada aliran hidup yang ditentukan oleh Allah swt. Maka dengan itu gelombangnya rendah. Untuk menjadi sahabat kepada alam terlebih dahulu kita perlu untuk mengenal alam itu sendiri.

Salah satu terapi alam yang kian mendapat tempat di hati manusia di barat ialah bercakap dengan pokok. Apabila kita ingin menjadi sahabat kepada seseorang itu, perkara pertama yang kita akan lakukan ialah bercakap dengannya dan oleh sebab itu kita perlu bercakap dengan pokok atau tumbuhan yang ada. Kita tidak perlu meluahkannya secara lisan kerana ianya boleh dilakukan dalam hati. Pokok atau tumbuhan mempunya gelombang yang rendah dan ia mampu mempengaruhi gelombang fikiran kita apatah lagi sewaktu kita mempunyai gelombang otak yang tinggi.

Apabila kita sering melakukan hal yang demikian yakni meluahkan perasaan negatif yang ada dalam diri kepada alam, lama kelamaan ianya akan susut dan energi positif akan mula mengambil alih ruang kosong yang ditinggalkan. Sekiranya anda merasa tertekan, atau merasa kesunyian atau mempunyai masalah yang begitu sukar untuk dirungkai, cubalah bersahabat dengan alam kerana alam mempunyai jiwa yang tenteram kerana mereka sentiasa mengingati Allah swt.

Insya Allah jiwa anda akan menjadi lembut kerana tanpa sedar anda juga akan mengingati Allah swt dengan seluruh jiwa dan raga. Anda tidak perlu beli bunga yang mahal atau pokok yang besar tetapi memadai mempunyai pokok hiasan yang anda gemari dan sejuk mata memandang. Dan mulakan dengan memberi salam dan teruslah berbicara seadanya dengan bunga tersebut. Semoga anda akan mencapai keadaan baik hati dan bukan murah hati. Ingatlah bahawa alam itu lebih taat kepada Penciptanya maka hilangkanlah kesombongan kita terhadap alam.

Read More......

Wednesday, December 17, 2008

Iman Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Kelebihan yang Allah s.w.t berikan pada Nabi Allah Sulaiman adalah baginda boleh dengar binatang bercakap dan faham maknanya dan boleh bercakap dengan binatang yang melata di bumi in

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong"..

Nabi Allah Sulaiman lantas mengambil satu bekas; baginda mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas tersebut; seterusnya Nabi Allah Sulaiman mengambil sebiji gandum dan memasukkannya ke dalam bekas itu dan menutupnya.

Kemudian Nabi Sulaiman tinggalkan semut tersebut didalam bekas itu dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!.

Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu hanya makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!! Biar tubuhnya kecil tapi imannya besar namun manusia tubuhnya besar imannya belum tentu sebesar tubuhnya…

Read More......

Saturday, December 13, 2008

Terapi Gelombang Otak


"You’ve no idea how hard I’ve looked for a gift to bring you. Nothing seemed right. What’s the point of bringing gold to the gold mine or water to the ocean. Everything I came up with was like taking spices to the orient. It’s no good giving my heart and my soul because you already have these. So… I’ve brought you a mirror. Look at yourself and remember me."
Jalauddin rumi

Beberapa bulan lepas saya mengadakan satu program latihan soul power. Alhamdulillah sambutan yang diberikan begitu memuaskan. Agak lama juga untuk memperkenalkan kepada masyarakat kita tentang soul power yang mengupas kepentingan kekuatan jiwa seseorang dalam menjana satu kehidupan yang aman lagi istimewa.

Kekuatan jiwa itu ibu kepada segala kekuatan kerana tanpanya tidak akan terhasil kekuatan fizikal, tidak akan terhasil kekuatan ilmu dan tidak akan terhasil juga kekuatan minda. Jika kekuatan jiwa itu di pandang remeh maka kelemahan sudah pasti ada.

Saya pernah diminta memberi komen tentang apakah cirri yang perlu untuk seorang pemimpin. Saya berkata, tidak semua orang itu boleh memimpin dan tidak semua orang juga boleh dituruti keinginannya. Kita berkata seorang pemimpin itu perlukan karisma namun persoalannya dari manakah karisma itu timbul. Saya melihat bahawa pemimpin itu terbahagi kepada dua jenis iaitu pertama pemimpin masyarakat seperti pemimpin politik, pemimpin perusahaan dan sepertinya.

Di sebelah satu sisi lagi adalah pemimpin spiritual yang diperlukan untuk membangunkan kekuatan spiritual. Pemimpin spiritual tidak sesuai menjadi seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin masyarakat pula juga tidak sesuai untuk menjadi pemimpin spiritual biarpun kedua mereka mungkin mempunyai keilmuan dalam bidang tersebut. Pemimpin spiritual perlu membantu pemimpin masyarakat dalam memberi pandangan serta kepimpinan.

Dalam bahasa mudahnya dia ibarat guru yang perlu dirujuk pandangannya walaupun tidak semestinya pandangan itu dilaksanakan. Mereka saling memerlukan kerana nilai kepimpinan mereka itu berbeza. Mereka ibarat sekeping duit syiling yang mana hanya akan laku untuk dijadikan perantara transaksi apabila kedua-dua sisinya mempunyai nilai sah laku. Seandai hanya ada satu sisi sahaja tanpa sisi yang lain maka sebanyak manapun duit yang kita ada tiada nilainya.

Justeru, saya memberitahu si penanya yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin itu ialah kekuatan spiritual. “oooo… maksudnya mereka perlu kuat beribadah ya” saya kembali ditanya. Bukan itu maksud saya, orang yang kelihatannya religious belum tentu mempunyai kekuatan spiritual namun orang yang mempunyai kekuatan spiritual itu sudah hampir pasti religious. Maksudnya orang yang menguasai diri sendiri itu hampir pasti religious dan orang yang religious itu belum pasti menguasai diri sendiri.

Bukti paling mudah, ada orang yang begitu kuat beribadah tetapi masih lagi panas baran, masih lagi suka menilai manusia dari aspek yang baginya baik maka jelas sekali dia belum lagi menguasai dirinya dan bukankah Baginda saw memberitahu bahawa orang yang hebat itu ialah orang yang boleh mengawal nafsu amarahnya. Tetapi orang yang sudah bijak menguasai dirinya pasti akan dapat membenamkan sifat amarahnya dalam kehidupannya. Hanya ada seorang manusia yang mampu memimpin manusia secara duniawi serta spiritual dan ini telah diakui oleh barat yakni Baginda saw.

Dalam sains minda, penguasaan diri itu akan berlaku apabila gelombang otak kita turun dan apabila ianya berada pada tahap delta maka kekuatan ruh sudah mula dirasai. Bagi kita hal sebegini mungkin sahaja baru didengar tetapi hal ini sudah mula dikaji seawal tahun 1929.

Sewaktu program Soul Power tersebut saya telah ditanya tentang penggunaan cd audio brainwave (gelombang otak) yang boleh didapati dengan mudah sekarang. Kebetulan juga saya baru beberapa bulan menduduki peperiksaan untuk menjadi wakil di Malaysia untuk peralatan terapi gelombang otak. Sekarang ini ramai yang sudah faham akan kepentingan gelombang otak dalam hidup dan ini satu perkara yang membanggakan saya. Ada yang mencuba menggunakan bunyi gelombang theta atau alfa sebagai langkah untuk menurunkan kadar getaran gelombang otak. Namun anehnya setelah mereka mendengar cd audio itu mereka lebih menjadi tertekan bahkan reaksi positif yang diharapkan telah bertukar dengan emosi negatif yang membebankan.

AVE adalah ringkasan dari audio visual entrainment yang mana banyak sekali kajian dilakukan oleh universiti di luar negara untuk melihat keupayaannya alat-alat audio ini dalam merawat gelombang otak manusia. Ianya bermula dari alat yang dipanggil Dream Machine hingga kini banyak di pasaran. Alat-alat ini termasuk juga cd audio banyak yang memberi masalah kerana mereka yang mengeluarkannya hanya meniru teknologi tanpa mengetahui rahsianya. Yang paling mudah ialah perbezaan diantara entrainment dan entertainment.

Dalam cd audio gelombang yang berlambak di pasaran isu paling penting ialah kehilangan audio wave kerana ada banyak yang dicetak rompak. Apabila cetak rompak teknologi audio wave tidak dimasukkan dan kesannya pastilah tiada, oleh itu ia bukan sahaja membosankan bahkan merosakkan gelombang otak yang sedia ada. Keduanya ialah kesan yang dikenali oleh ahli meditasi dan psikologi sebagai somnatic shock. Somnatic shock yang berlaku akan memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek ialah sebaik sahaja selesai mendengar cd audio tersebut, pendengar mungkin berasa mual atau pening kepala. Ini kerana kejutan yang berlaku apabila tamatnya satu sesi cd audio itu tidak dikendalikan dengan betul kerana pendengar terus sahaja membuka mata.

Dalam latihan meditasi yang saya adakan saya cukup prihatin dengan somnatic shock ini justeru saya mempunyai teknik manual untuk mengatasinya. Apabila ketiadaan kesan audiowave dan somnatic shock ini berlaku maka ianya tidak layak untuk digelar sebagai brainwave entrainment tetapi ianya hanyalah entertainment yang sekadar menghiburkan tetapi tiada kesan yang doleh dibanggakan. AVE atau audio visual entrainment, merangsang gelombang untuk sampai kepada 4hz secara berturutan. Respon ini dipanggil sebagai cortical frequency following response. Respon inilah yang digelar entrainment yang mana otak kita mula mengikuti gelombang yang dirangsang.

Hasilnya kita akan mula merasai pengalaman alpha dan seterusnya dilanjutkankan dengan gelombang yang lebih rendah. Dan bagi menghilangkan somnatic shock para pendengar perlu di bawa ke gelombang yang sedikit tinggi dari apa yang dialami semasa sesi itu berlaku. Seandainya ianya tidak berlaku maka pendengar akan terperangkap dalam gelombang tertentu dan akhirnya merosakkan persepsi hidup. Alhamduliilah kini saya telahpun memperolehi kebenaran antarabangsa untuk melakukan terapi dengan alatan AVE bagi merawat masalah gelombang otak.

Apa yang anda perlu tahu tentang gelombang sebenarnya? Gelombang otak memainkan peranan yang cukup penting dalam membentuk sikap kita secara fizikal. Sekiranya kita berada dalam gelombang yang tinggi, kita akan sering mendapat masalah serta buntu fikiran bahkan secara fizikalnya kita pasti akan lemah dan mudah untuk mendapat sakit. Seandainya kita terperangkap dalam gelombang otak kita akan menjadi orang yang tidak langsung mempunyai motivasi hidup… sikap "tak pa lah…” itu sebenarnya datang dari kehidupan yang terperangkap dalam gelombang yang dipanggil talpha.

Anak yang malas serta degil adalah anak yang mana gelombangnya sering berada pada tahap tinggi. Mereka aktif tetapi jika tidak dibentuk kepada gelombang yang betul mereka akan menjadi degil bahkan merosakkan masa hadapan mereka. Penyelesaian masalah dan penyembuhan penyakit berada dalam gelombang yang rendah. Persoalannya kini bagaimana untuk mendapat tahap gelombang yang sesuai. Ada dua jalan iaitu dengan melakukan meditasi super sedar atau dengan menjalani terapi gelombang otak. Sepanjang pengalaman saya bertemu orang yang bermasalah, mereka teruja untuk bermeditasi tetapi mereka malas untuk melakukannya. Bagi mereka yang bersikap demikian eloklah sekiranya mereka menjalani terapi gelombang otak dengan perlatan AVE kerana ianya akan membawa seseorang itu ke gelombang yang sepatutnya biarpun seseorang itu malas melakukan meditasi. Mereka akan memperolehi manfaat sebagaimana yang diperolehi oleh mereka yang melakukan meditasi.

Antara manfaat meditasi yang paling saya suka ialah pembetulan kadar melatonin hormone. Apabila melatonin hormone ini tidak berada pada kadar yang sepatutnya, maka pelbagai penyakit akan mula datang. Orang bertanya kepada saya bagaimana seseorang yang kurang fokus, migraine bahkan hingga ke kanser dapat mencapai kesembuhan hanya dengan meditasi. Rahsianya terletak kepada melatonin hormone yang juga dipanggil pengawal segala pengawal. Dia yang menjadi pengawal kepada segala kadar tubuh. Contohnya jika ianya tidak stabil makanya kita mungkin sahaja boleh mendapat migraine kerana cahaya yang memsuki mata itu tidak bertepatan dengan kadar yang sepatutnya. Akibat dari itu orang migraine cukup terseksa jika melihat cahaya yang berlebihan tetapi normal pada orang lain. Begitu juga dengan kelajuan sel yang akan kembali normal sekiranya pemngawal trafik tahu menjalankan tugasnya.
Untuk lebih jelas tentang AVE, sila klik di sini.

Read More......

Monday, December 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA




Read More......

Saturday, November 29, 2008

Bila Semuanya Segera

Beberapa hari lepas saya mengadakan program soul power dan alhamdulillah semakin ramai yang kini kian faham peranan kekuatan jiwa dalam perjalanan hidup serta semakin ramai juga yang faham akan kedudukan Allah swt dalam hidup secara praktikal. Kita semua tahu Allah swt kedudukannya adalah paling utama dalam kehidupan hinggakan rukun negara juga bermula dengan kepercayaan kepada Tuhan. Meskipun begitu hakikatnya kita tanpa sedar meletakkan Allah swt di kedudukan terakhir dalam senarai keutamaan.

Beberapa hari sebelum training, datang seorang bakal peserta bertemu saya di pejabat. Katanya dia ada beberapa persoalan yang perlu diklarifikasikan sebelum menyertai program ini. Dia mempunyai banyak persoalan dalam kepalanya yang selama ini dibiarkan tanpa jawapan. Dia suka mentelaah buku-buku yang berkaitan dengan minda dan justeru itu saya amat suka dengan pertanyaannya kerana setiap butiran soalan itu penuh pengisisan yang perlu dikupas.

Setelah saya menjawab kesemua soalan akhirnya dia membuat keputusan untuk menyertai program tersebut. Sebelum beredar beliau sempat memohon maaf. Saya memberitahunya tiada apa yang perlu dimaafkan kerana jika saya juga pasti saya mahukan kepastian tentang perkara yang telah kami bincangkan. “Bukan kerana itu” jawapan yang spontan darinya yang menyebabkan saya meminta penjelasan dari beliau. “Sebenarnya saya dah banyak terkena” katanya memulakan cerita.

Menurutnya lagi beliau memang suka untuk menyertai program-program sebegini namun seringkali mencapai kekecewaan dalam beberapa perkara. “mengapa?” Tanya saya. “Seringkali kita dimomokkan dengan kata-kata iklan yang hebat namun apabila sudah menyertai ianya jauh dari apa yang dijangkakan” katanya lagi. Saya memberitahunya mungkin ini berlaku kerana dia seorang yang banyak terdedah dengan perkembangan terbaru dunia sains minda dan suka mengkaji hal-hal berkaitan minda. Mungkin juga katanya, akan tetapi sebab sebenarnya adalah kewujudan ramai instant trainer.

Tambahnya lagi, mereka sebenarnya hanya menyampaikan apa yang mereka dengar dan tidak melalui latihan yang sewajarnya. Saya tidak memberikan komen apa-apa kepada kenyataan tersebut namun saya tidak menafikan kewujudan hal ini. Sememangnya perkara ini bakal merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap program-program yang benar-benar bertujuan membentuk manusia menjadi positif. Budaya cut and paste sememangnya berlaku dari dulu. Jepun juga mempunyai budaya ini namun mereka tidak hanya meniru tetapi mengolahnya supaya menjadi lebih baik.

Komentar saya kali ini bukan untuk merendahkan atau memperlekehkan sesiapa tetapi hanya untuk kita melihat kembali kepentingan ilmu dalam melaksanakan tugas. Seorang guru yang hanya menjadi guru atas sebab sudah tiada kerja yang dapat dicari dan hanya kerja menjadi guru sahaja yang ada bukanlah seorang guru yang tulen. Jika seorang guru yang menganggap kerjaya guru itu tidak lebih dari kerja, dia telah merosakkan masa depan pelajarnya. Mungkin sahaja dia memberikan soalan bocor atau mengajar sambil lewa. Baginya dia hanya perlu menyampaikan apa yang tertulis di buku dan apa yang penting baginya ialah gaji. Tiada gaji tiada kerja. Keghairahan mengajar itu tiada. Masa mengajar tidak lebih dari apa yang ditetapkan.

Seorang guru tulen pula mengajar kerana minat mendalam (passion) terhadap apa yang dilakukan. Mengajar itu bukan hanya satu profesi tetapi juga hobi bahkan ianya satu kehidupan. Sehari tidak mengajar itu seperti sehari menjadi bodoh. Jika dia sakit, hilang sakitnya apabila mengajar. Dia sering mencari ilmu bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk pelajarnya. Jika kita renung senario ini tentunya banyak sekali perbezaannya.

Begitu juga dengan trainer. Kita mungkin kurang faham tentang istilah motivator dan trainer. Saya sering juga didatangi oleh mereka yang ingin menjemput untuk memberi motivasi kepada kumpulan sasar mereka. Saya menjawab mudah akan hal ini. “Saya seorang trainer dan bukan motivator” sering juga mereka bertanya “ada beza ke?” Banyak sekali perbezaannya. Seorang trainer adalah seorang jurulatih. Untuk menjadi jurulatih pastinya dia perlu melalui pelbagai tahap.

Lihat sahaja seorang jurulatih bolasepak di negara kita atau di mana-mana sahaja dalam dunia. Tidak ada terdapat seorang jurulatih bolasepak yang kaki bangku. Untuk menjadi jurulatih bolasepak, dia sendiri perlu tahu bermain bola sepak. Mana mungkin orang yang tidak tahu meyepak bola melatih orang untuk membuat sepakan yang betul. Maka jika ada jurulatih segera (instant coach) maka sudah hampir pasti pasukan yang dilatihnya tidak akan mencapai sasaran pertandingan.

Mengapa saya memberitahu yang saya bukan motivator. Menjadi seorang motivator juga memerlukan kemahiran iaitu yang paling utama ialah kemahiran bercakap. Tugas seorang motivator ialah menyampaikan ilmu yang ada dengan gaya bahasa yang betul serta mampu membuatkan sesorang itu lebih bermotivasi. Seorang trainer tidak semestinya motivator. Untuk menjadi seorang motivator juga bukan mengambil masa yang sekejap kerana seseorang itu perlu banyak menyingkap helaian buku serta mampu menterjemahkannya mengikut kefahaman peserta yang ada.

Jadi kesimpulannya tiada satu pun yang boleh terbit dengan segera baik trainer mahupun motivator. Saya sendiri pernah juga ditanya tentang peranan meditasi dalam hidup. Setelah memberi penjelasan tentang hal tersebut saya ditanya lagi apakah ilmu yang lebih ampuh dalam peringkat seterusnya. Ini membuatkan saya berkerut dahi kerana saya tahu bahawa yang bertanya mempunyai tanggapan yang salah tentang meditasi.

Apabila ditanya mengapa soalan itu ditimbulkan maka jawapan yang diberi adalah beliau pernah diberitahu bahawa selepas mempelajari meditasi kita perlu mendalami beberapa jenis keilmuan untuk menjadi lebih hebat. Jawapan saya kepada persoalan ini adalah mudah, Rasulullah saw pernah bersabda jangan kamu ajari seseorang itu jika kamu sendiri belum merasai manfaatnya. Jelas sekali dia mempelajari meditasi dari rekaan tanpa kupasan ilmiah.

Meditasi melatih kita meletakkan kebergantungan itu total kepada Allah swt (total surrender). Apakah ada ilmu yang lebih tinggi selain bergantung kepada Tuhan Yang Satu dan menjadi ikhlas terhadapNya.

Jika ada yang menganggap bahawa meditasi itu sebenarnya bertujuan untuk mencari kekuatan diri serta mencapai kehebatan duniawi maka jelas sekali mereka bukan pengamal meditasi tetapi hanya pencerita meditasi. Mana mungkin kita dapat menjelaskan kemanisan madu tanpa merasanya. Jika kita tidak pernah merasa madu lalu menceritakan kemanisannya maka itu satu pembohongan besar dan kita tidak mampu mengungkap kemanisan madu hanya dengan kata-kata. Kita perlu melatih sesorang itu untuk mengenal madu lalu tatacara untuk meminumnya. Nah, dari situ barulah manfaat madu itu dapat dikupas setelah kita meminumnya. Tanpa minum maka tiadalah kesan.

Kita perlu tahu bahawa kita akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang kita ajar, latih mahupun sampaikan walaupun sekadar satu ayat. Saya juga kini mendapat banyak pertanyaan bagaimanakah caranya untuk menjadi salah seorang dari instruktor saya. Untuk menjadi seorang instruktor meditasi bukanlah semudah yang disangka. Seseorang itu perlu melalui banyak perkara. Seseorang itu tidak mungkin dapat mendeteksi pesertanya berada dalam theta jika dia sendiri tidak pernah sampai ke theta dan yang paling penting seorang instruktor sendiri perlu melakukan meditasi itu secara kekal tanpa ada alasan.

Menjadi seorang pelatih itu mudah namun untuk menjadi jurulatih itu sukar kerana anak murid paling degil, paling nakal serta paling sukar perlu diubah untuk menjadi anak murid paling baik, paling bijak serta paling mendengar kata. Anak murid itu bukan orang luar tetapi diri sendiri. Justeru bagi mereka yang ingin menjadi seorang motivator mahupun trainer baik dalam apa bidang sekalipun, perlu kita ingat akan tanggungjawab sebenar kita adalah untuk merngubah manusia agar kembali positif dan bukan sekadar membesarkan poket.

Wang itu perlu tetapi tanggungjawab itu perlu mendahuluinya. Sekiranya itu tidak berlaku maka tanpa sedar kita telah mula memupuk kerosakan pada bangsa kita dan apabila ini menjadi virus masa hadapan generasi akan datang akan kelam. Orang yang bijaksana adalah orang yang tahu menilai dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah mereka mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt.

Read More......

Tuesday, November 11, 2008

Inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rooji'un


Saya berharap agar tulisan saya kali ini dapat menjawab email-email yang meminta saya memberikan formula untuk tenang ketika menghadapi masalah dan dugaan. Apabila dikatakan manusia apa yang pasti kita tidak dapat lari dari masalah. Mereka bertanya kepada saya apakah amalan yang patut mereka lakukan ketika didatangi bebanan masalah.

Dek kerana terlalu banyak formula yang ada dalam Al-Quran maka ianya akan mengambil masa dalam mengupas aplikasinya dalam hidup namun apa yang pasti intinya tetap satu iaitu cinta kepada Allah swt. Saya juga pernah ditanya mengapa banyak formula sedangkan tujuannya sama. Formula yang dikurniakan adalah mengikut tahap keupayaan manusia itu sendiri. Jika kita baru masuk darjah satu pastilah formula matematik berkisarkan tentang campur tolak dan tidak mungkin kita didedahkan dengan formula sin, cos dan sebagainya. Begitu setiap permasalahan dalam matematik akan dikupas dan dijawab dengan berpandukan formula yang berkaitan. Setiap tingkatan akan mendapat rumusan yang dipermudahkan dan akhirnya kita hanya perlu menggunakan kalkulator untuk mengira kerana kita telah pun mengetahui asasnya.

Masalah merupakan satu beban yang tersembunyi dan amat berat untuk dipikul. Walau sebesar mana pun tubuh fizikal seseorang itu belum tentu dia dapat memikul bebanan tersebut. Yang boleh memikul beban adalah tubuh spiritual manusia. Semakin sihat tubuh spiritual semakin kuat dia dalam menangani beban yang terletak dibahunya hinggakan apabila dia benar-benar hebat dia mampu menjadikan masalah sebagai teman bicara, emosi sebagai mainan, kerana tanpanya dia akan kebosanan.

Justeru bagaimanakah untuk menyihatkan tubuh spiritual. Perkara ini tidak dapat dikupas hanya dengan teori. Namun saya suka berkongsi apa yang boleh dikongsikan. Solat merupakan satu wadah kekuatan penyembuhan serta vitamin untuk tubuh spiritual jika kita memahami solat dan jika kita ‘benar-benar’ bersolat. Solat itu akan menjadi senjata yang ampuh jika kita menyakini Allah saw adalah tempat segala harapan.

Kita perlu memahami antara pelajaran dan dugaan. Yang pertama yang diajar Allah swt ialah pelajaran hidup dan dari situ barulah kita diduga. Kita selalu lupa bahawa kita telahpun diajar untuk menghadapi masalah, dan mana mungkin ujian diberi kepada yang belum belajar. Cuma kita mungkin terlupa tatacara menghadapi masalah atau kita terlepas pandang formula yang dikurniakan Allah swt.

Setelah memahami solat maka apabila berlaku sahaja masalah apa yang perlu anda lakukan ialah mengucapkan kembali Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un yakni sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami kembali. Mungkin ramai yang tahu hal ini. Tetapi saya menulis juga hal ini kerana ramai yang tahu tetapi tidak ambil tahu. Ramai yang tahu tetapi terlupa. Ramai yang tahu tetapi terlepas pandang. Semuanya ini berlaku kerana kesalahfahaman sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ucapan itu hanyalah untuk kematian.

Ianya bukan sekadar untuk kematian tetapi ianya juga adalah kehidupan dan kehidupan adalah kematian. Mati dek kerana ruh kita tertimbus dengan ego manakala yang sebenarnya hidup adalah nafsu. Mengucapkan saja Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un tanpa memahaminya hakikatnya juga tidak membawa seseorang itu ke arah penyelesaian masalah. Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami kembali jika dikupas maka ertinya menyerahkan diri kepada Allah swt secara total kerana Allah swt yang maha mengetahui jalan keluarnya. Cubalah ucapkan dengan perlahan-lahan dan kemudian anda tidur. Insya Allah anda akan dapat mencari jalan keluarnya secepat mungkin.

Mengapa tidur? Mengapa tidak berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Jika kita membacanya dan kemudiannya mencari jalan keluar maka kita tidaklah menyerahkan pada Allah swt secara total kita masih yakin kita boleh menyelesaikannya maka itu satu pendustaan yang besar. Kita tidur kerana tidur itu mati kecil. Orang yang mati tidak mampu berbuat apa-apa hinggakan untuk masuk ke dalam liang lahat juga dibantu orang. Untuk orang mati tidak perlu memerintah orang untuk mengangkatnya kerana orang akan mengangkatnya dan paling bagus orang melakukan kerana Allah swt.

Nah di sini kelainan soul power segalanya bermula dengan Tuhan dan berakhir dengan Tuhan. Dan apabila kita meninggal orang akan mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un begitulah kiasannya. Jadi apabila kita sudah mengucapkannya kita lalui mati kecil. Orang mati akan bergantung dengan Allah swt. Begitu juga kita yang tidur. Kita tidak tahu apkah yang bakal berlaku waktu kita tidur. Jadi apabila kita tidur kita akan melepaskan segala masalah dan inilah yang dikatakan pergantungan. Insya Allah apabila kita bangun kita akan mudah melihat jalan keluar bagi setiap permasalahan baik untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

Kita perlu ingat yang kita sering zalim terhadap diri sendiri; kita sering menilai orang lain lebih dari menilai diri sendiri maka sesuai apa yang dikatakan rasulullah saw musibah itu bagi orang yang zalim adalah pelajaran, dan bagi orang yang beriman adalah ujian. Cubalah tanamkan tekad mulai hari ini kita akan sentiasa memahami dan mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un bila saja kita berhadapan musibah samada ianya berbentuk fitnah, cercaan, atau penindasan. Jangan pula setelah kita mengucapkannya kita mencari jalan untuk membuat pembalasan atau pembuktian atas alasan membuktikan kebenaran. Yang benar pasti terbukti yang batil pasti ke tepi.

Saya terbaca satu artikel yang menulis tentang Imam al Baqir berkata kepada salah seorang sahabatnya, "Aku wasiatkan engkau dengan lima hal. Jika engkau dizalimi, maka janganlah engkau menzalimi. Jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau berkhianat. Jika engkau didustai, janganlah engkau marah. Jika engkau dipuji, janganlah engkau bergembira. Dan jika engkau dikecam, janganlah engkau bersedih hati." Jika kita lihat kata-katanya seperti kata-kata orang lemah namun itulah sebenarnya orang yang kuat kerana orang yang kuat dia akan hidup dengan cinta Allah swt dan setiap masalah yang datang pastinya dengan izin Allah swt.

Tidak satu zarah pun yang mampu bergerak tanpa izin Allah swt. “Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya (HR Bukhari).

Apabila sakit itu datang pastilah Allah swt akan menurunkan pasangannya iaitu penyembuhan. Untuk langkah awal dalam menangani masalah yang sedang anda hadapi cuba ucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un sebanyak mungkin tetapi ianya tidak bermaksud pula anda harus membacanya dengan kadar kelajuan yang boleh mengalahkan keretapi ekspress. Ucapkanlah dengan santai insya Allah jika anda sering melakukan anda akan mendapati masalah adalah satu permainan yang menyeronokkan. Setelah seminggu anda mengucapkannya setiap hari, cubalah layangkan email kepada saya untuk dikongsi pengalaman anda agar dapat menjadi pembakar semangat kepada yang lain.

Read More......

Sunday, October 26, 2008

Mencorak Anak


Jika kita perhatikan kain batik yang indah coraknya apatah lagi jika digubah menjadi pakaian yang cantik rekaannya, kadang kita lupa bahawa ianya bermula dengan kain tanpa warna yang bersih tanpa ada sedikit pun kotoran . Jika kain tersebut kotor maka pasti akan memberi kesan kepada corak yang akan dilukis serta warna yang bakal digunakan. Kita tahu juga bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih, dan itulah yang dinamakan fitrah. Ianya begitu bersih dan menerima apa sahaja corak yang bakal dicoret diatasnya dan kemudian membentuk perlakuan mengikut corak yang telah dilukis tadi.

Kain putih yang datang dengan fitrahnya itu amat bergantung kepada orang tuanya untuk memberi corak samada ia corak yahudi, nasrani mahupun majusi. Jika itu corak yang kita lukis maka kita telah melakukan banyak kesilapan dan pelaburan kita. jika corak yahudi kita taburkan tidak pula bermakna si kain putih ini menjadi orang yahudi tetapi apa yang pastinya dia akan membawa sikap yahudi dalam dirinya. Dia akan sentiasa ingin duduk di atas dan sentiasa merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik. Keegoaan yang tinggi ini bukan sahaja akan membawa kemusnahan hidup pada si anak tetapi mungkin juga kepada orang tua kerana berkemungkinan mereka akan disisihkan dari kehidupan si anak.

Kita mungkin melihat bahawa takrifan samada ibubapa yang membentuknya samada menjadikannya seorang yahudi, nasrani, majusi mahupun Islam bermaksud agama yang akan dianuti. Itu satu kesalahfahaman yang besar. Ianya sebenarnya juga merujuk kepada kiasan jalan hidup. Kalau cara kita mencorakkan anak ialah cara nasrani maka kita akan dapat melihat corak kehidupan anak di masa hadapan cenderung kepada nasrani. Inilah yang dimaksudkan yang kadangkala kita ambil ringan kerana pada fikiran kita mereka sudahpun beragama Islam dan mana mungkin mereka menjadi selain dari Islam. Namun kita lupa bahawa Islam warisan hanya mungkin bermaksud pengakuan namun pada kehidupannya adalah corak yang sudah dibentuk dari kecil.

Kali ini saya ingin mengupas tentang apakah yang dimaksudkan dengan mencorakkan anak. Cuba kita renung dan buat satu pemerhatian. Cuba kita ambil sehelai kain putih yang bersih dan bentangkan di hadapan kita untuk kita corakkan. Sebelum kita mencorakkan apakah yang perlu kita lakukan seandainya kita bukan seorang pelukis. Sudah pasti kita akan memikirkan apakah yang perlu kita lakukan untuk melukis dan warna apakah yang sesuai serta corak sebagaimana yang patut kita coretkan di atasnya.

Itu bagi kita yang tidak pandai melukis namun bagi mereka yang berjiwa seni mereka terus sahaja memegang alat untuk mencanting untuk melakarkan corak. Mungkin kita berkata “ oh itu memang tugasnya, jadi memang lah mudah untuk mereka lukis”. Bagi saya itu hanyalah kata-kata mereka yang kurang mengkaji dan membuat pemerhatian atas kehidupan. Mereka sebenarnya melukis dengan penuh perasaan dan adakalanya mereka melontarkan perasaan mereka di atas kain putih samada mencanting batik mahupun melukis lukisan.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah seorang pelukis akan melukis dengan penuh kesenian dan kesenian itu datang dari perasaannya. Dia membentuk setiap strok lukisan dengan jiwanya dan hasilnya pasti akan menyenangkan hatinya. Tetapi berbeza dengan mereka yang tidak berjiwa seni, mereka membentuk lukisan dengan apa yang difikirkan bagus tanpa ada jiwanya. Maka lukisannya akan berhadapan dengan banyak kemungkinan, mungkin cantik, mungkin tidak. Dan sekiranya tidak, mudah sahaja, tak perlulah kita fikirkan untuk menggantungnya jauh sekali menjualnya.

Jika sekiranya lukisan itu cantik, mungkin tanpa sedar kita telah melukisnya dengan penuh perasaan dan mungkin kita telah meniru satu bentuk lukisan yang lain. Kemungkinan yang berlaku ialah kita mungkin menjualnya dengan harga yang mahal jika ia lukisan asli namun jika ianya adalah salinan dari lukisan yang lain mungkin ada harga atau mungkin tiada.

Begitulah dengan corak yang bakal kita bentuk dengan anak kita. sebenarnya kita hari ini sering memikirkan bagaimana membentuk anak kita agar berjaya mengikut acuan yang ingin kita lihat. Seringkali kita terlupa adakalanya atau selalunya acuan kita itu tidak sama dengan saiz yang sepatutnya untuk anak kita jika ianya kecil dan sempit, tanpa sedar kita telah menyiksa jiwa si anak hingga mental dan jiwa cedera. Ini boleh dilihat dari segi perlakuan dan jika acuan kita terlalu besar, pastinya berlaku juga ketidak selesaan kerana si anak dapat merasakan dia berada di bawah potensi dirinya yang sebenar.

Saya berpendapat jika kain putih yang ingin kita corakkan perlukan satu corakan yang mempunyai nilai seni, kita perlu bermula dengan jiwa. Pendidikan awal ialah pendidikan jiwa. Dari jiwa barulah datang corak yang sesuai dengan si anak. Jika jiwa si anak ialah jiwa seorang ahli sukan tetapi kita ingin mencorakkannya menjadi seorang chef maka pasti berlaku konflik diri yang bakal memberi kecederaaan yang teruk. Justeru kita yang mencorakkan anak haruslah terlebih dahulu mencorakkan diri kita dengan perasaan yang betul kerana anak yang dicorak dengan perasaan marah akan membawa sifat marah hingga ke akhir hayat jika dia tiada inisisatif untuk megubahnya.

Kita perlu mendidik atau mencorakkan anak kita dengan penuh perasaan dan dari situ akan timbullah rasa hormatnya kepada kita. bentuklah anak dengan penuh perasaan bukan dengan hanya logik akal. Fahamilah apa yang dapat dilakukan oleh si anak dengan kekuatan jiwanya. Rumah merupakan sekolah pertama untuk setiap dari kita . Rumah juga suatu tempat untuk membentuk anak-anak dalam menyelusuri masa hadapannya. Sebelum anak itu mengenal masyarakat besar, dia terlebih dahulu mengenal komuniti kecil dalam keluarganya. Jika dalam komuniti kecil ini anak tidak didik dengan perasaan tetapi dididik dengan paksaan, suatu hari nanti anak akan mencapai satu titik maksima dan berlakulah sesuatu di luar jangkaan kita. pada waktu itu kita mungkin menyalahkan anak tetapi kita lupa unsur paksaan itu amat besar impak negatifnya.

Ini tidak pula bermakna kita perlu mengikut apa jua yang dikehendaki oleh si anak. Kita perlu menolak kemahuan yang diinginkan oleh mereka seandainya ianya bakal memberi kemudaratan samada secara fiikal ataupun mental. Namun caranya bukan dengan paksaan, kita perlu membentuknya dengan perasaan. Saya sering diingatkan oleh bos lama saya sewaktu bekerja dulu… don’t get the respect but earn it. Jika kita ingin dihormati kita tidak perlu memaksa orang untuk menghormati kita kerana itu satu penghormatan palsu tetapi biarlah rasa hormat itu datang tanpa diminta. Begitu juga dengan anak. Kita perlu melakukan sesuatu agar rasa hormat datang dari jiwanya bukan sekadar meminta mereka menghormati kita.

kita perlu faham bahawa anak yang baik belum tentu soleh tetapi anak yang soleh sudah tentu baik. Jika anak kita berjaya dalam hidup secara fizikalnya belum tentu dia berjaya secara rohaninya. Orang yang sebenar kaya ialah orang yang kaya jiwanya. Orang yang kaya jiwanya adalah orang yang sedar bahawa dirinya sentiasa memerlukan Allah swt dan dirinya sentiasa faqir di hadapan Allah swt. Kita perlu mendidik anak-anak kita peranan Allah swt dalam hidup kita bukan sekadar hanya berkata Allah itu Tuhan sekalian alam. Berkata amat mudah tetapi menjiwainya amat sukar tanpa pemahaman yang betul. Biar sibijak mana anak kita tetapi jika dia tidak faham kedudukan dia dan Allah swt maka kecendurangan untuk menjadi orang yang egois amatlah besar.

Adakah kita mahu anak –anak kita menjadi seperti kita yang hanya mengingat Allah swt di kala susah dan melupakannya di kala senang walaupun kita sedar bahawa kesenangan itu adalah pemberian Allah swt. Cuba kita renungkan sewaktu kita di alam barzakh, apakah perasaan kita jika kita melihat anak-anak kita hanya sedih di hari kematian kita tetapi setelah pengagihan harta diselesaikan semuanya tersenyum tanpa memikirkan penat lelah kita yang berusaha untuk membahagiakan mereka.

Kita perlu didik anak-anak kita agar faham bahawa kita perlukan Allah swt sepanjang masa. Jika anak kita melakukan kesalahan janganlah kita hanya berkata bahawa dia telah melakukan kesalahan tetapi sampaikan kepadanya bahawa masih punya peluang untuk diampunkan Allah swt, dia masih dicintai Allah swt. Kita perlu mengajarnya untuk berterima kasih kepada Allah swt. Kita sering mengajar anak kita untuk berterima kasih kepada orang apabila diberi pemberian tetapi jarang sekali kita memberitahu anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt atas setiap kebaikan yang kita perolehi dan keburukan yang kita hadapi kerana apabila kita ditimpa musibah itu juga tandanya Allah swt mengingati kita…. manakan tidak hanya sewaktu susah kita beriya-iya meminta pertolongan darinya jika tidak kita akan minta pertolongan dari mereka yang kita fikirkan boleh membantu kita.

Bermula dari hari ini cubalah kita ajar anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt. Persoalannya bagaimana… jika kita memaksa, mereka akan memberontak. Cara paling mudah ialah kita terlebih dahulu melakukannya dan anak pasti mengikut perlakuan kita. Samada kita sedar atau tidak anak adalah cermin kita, jika kita berhias anak akan berhias. Jika kita dapat mencorakkan anak kita dengan kefahaman tentang cinta Ilahi maka Insya Allah anak kita akan hidup dengan penuh kasih sayang sesama makhluk.

Read More......

Tuesday, October 21, 2008




Read More......

Monday, October 13, 2008

Power Niat


Bercerita tentang niat, saya telah banyak mengkaji serta pernah melihat bagaimana seseorang itu berniat dan kemudian niatnya menjadi kenyataan. Saya yakin setiap sesuatu itu ada formulanya. Niat itu adalah doa dan setiap perbuatan itu hendaklah disertai niat sesuai maksud hadith. Walau apa ibadah yang kita lakukan ianya pasti mempunyai niat, baik berwuduk, solat mahupun berpuasa. Namun kita sering mengambil ringan terhadap niat kerana kita kurang cenderung untuk cuba memahami kenapa sesuatu itu berlaku atau kadang kala kita agak takut untuk bertanya.

Seperti yang saya nyatakan bahawa hadith ada menyebut setiap perbuatan itu dimulai dengan niat. Sememangnya ia benar, masakan kita bersolat asar untuk isyak. Tetapi untuk aplikasi dunianya perlu kita mengkaji secara mendalam. Kita perlu ingat bahawa contoh terbaik di dunia ini ialah junjungan besar Nabi Muhammad saw dan setiap hadith baginda merupakan wahyu makanya baginda telah memberi guideline atau petunjuk bagaimana untuk memulakan sesuatu pekerjaan itu dengan niat.

Niat itu pada dasarnya adalah doa. Ini bermakna sebelum kita melakukan sesuatu perkara kita perlu berdoa. Tetapi sunnah ini jarang sekali kita ambil peduli. Dalam kursus Meditasi Super Sedar saya ada menekankan tentang kuasa niat.

Niat atau doa ini sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengubah cara hidup kita. Kuasa tersebut adalah getaran-getaran aliran tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung mengubah bio-kimia tubuh untuk melakukan sesuatu. Saya begitu tertarik untuk mengkaji kuasa niat, bagaimana niat itu akan menjadi realiti serta apakah situasi sebenar untuk berniat.

Niat itu satu kaedah doa dan berdoa ini perlu ada seninya. Justeru cuba kita lihat mengapa seseorang yang berdoa di hadapan kaabah amat mustajab. Pasti ada sebab serta bukti saintifiknya. Semua orang berniat tetapi perlu ada satu formula untuk menjadikan niat kita satu realiti. Setiap formula itu perlu pula dibuktikan kesahihannya dan bukannya self claim. Justeru itu setiap peserta Soul Power diwajibkan untuk mencari bukti kuasa niat agar pembuktian itu akan menambah keimanan serta ketaqwaan kepada Allah swt. Niat itu menjadi satu realiti jika kita mengikut setiap langkah dalam formula dan kemudian menyerahkan setiap keputusan perbuatan atau niat kita kepada Allah semata.

Kira-kira empat bulan yang lepas seorang peserta yang menyertai kursus meditasi memberitahu saya tujuan beliau datang belajar ialah untuk mendalami pembacaannya tentang kuasa niat. Saya agak terkejut kerana saya juga belum pernah menemui buku tentang kuasa niat walaupun kerap mencarinya di took-toko buku yang besar. Rupa-rupanya kaedah kuasa niat ini telahpun dikaji oleh orang barat dan diterima secara meluas. Buku yang ditulis oleh Dr. Wayne berjudul the power of intention menceritakan tentang kuasa universal yang mempengaruhi niat seseorang. Begitu pantas orang barat untuk mengkaji hadith-hadith nabi saw dan begitu perlahan orang kita untuk mengikuti sunnah baginda.

Secara mudahnya saya melihat niat yang kita ucapkan samada di bibir atau di hati perlu mempunyai beberapa kriteria yang insyaAllah jika diamalkan akan menukar niat tersebut menjadi satu realiti.

Pertama, niat itu perlu bersih serta seimbang. Niat yang baik mempunyai getaran kerana setiap niat yang baik akan ditulis kebaikannya manakala niat yang buruk akan ditangguhkan hingga menjadi perbuatan. Niat juga perlu seimbang yakni realistik, seperti kita berniat untuk mendapat wang sebanyak RM10,000 dalam waktu satu jam. Niat yang tidak realistik akan menjadi angan-angan dan tanpa disedari akan membebani minda seseorang.

Kedua, niat tersebut perlulah dilakukan dalam frekuensi yang mempunyai getaran yang kuat.

Ketiga, niat tersebut hendaklah disusuli dengan pekerjaan yang sesuai. Kebanyakan masyarakat kita mempunyai keinginan untuk mencapai sesuatu secara instant. Saya berfikiran sesuatu yang mudah datang ianya juga akan mudah pergi. Setiap sesuatu itu perlu ada usahanya. Saya pernah didatangi oleh seseorang hamba Allah bertanyakan kepada saya tentang meditasi. Katanya beliau dalam kesempitan wang, boleh atau tidak meditasi membantu. Jawapan saya agak mudah, meditasi akan membantu untuk menyepikan fikiran yang sedang buntu dan dengan itu insyaAllah jalan keluar akan kelihatan. Katanya lagi berapa lama fikiran – fikiran akan senyap. Kata saya fikiran akan senyap apabila emosi berkurangan. Tambah beliau “jika demikian itu agak lambat, boleh atau tidak dengan meditasi saya mendapat wang secara ghaib yakni secara tiba-tiba ada wang di hadapan saya?” saya agak hairan dengan pertanyaan yang saya kira tidak masuk akal dan akhirnya saya memberitahu hamba Allah tersebut jika sekiranya meditasi mampu mendatangkan wang secara begitu pasti ahli meditasi sudah ramai menjadi jutawan serta tidak akan mengajarkan kaedah meditasi. Meditasi merupakan salah satu jalan untuk memberi ruang kepada akal mencari jalan keluar. Para rasul, para nabi serta para wali juga bekerja. Justeru itu niat perlulah disusuli dengan tindakan yang sesuai.

Yang terakhir ialah tawakal. Setelah berdoa dan berusaha maka kita perlu bertawakal. Setiap keputusan bukan milik kita tetapi milik Yang Maha Mengetahui. Ini bermakna jika niat kita tidak kesampaian jangan gusar kerana Allah Maha Mengetahui cause & effect sesuatu perkara dan apa yang pasti kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik lagi.

Hal ini telah banyak terbukti dalam kehidupan kita seharian. Cuba pejamkan mata anda buat seketika dan ingatkan keinginan anda yang tidak kesampaian dan perkara yang anda perolehi. Jangan kita melihat sesuatu yang tidak kesampaian itu merugikan kerana sesuatu yang kita fikir bagus mungkin memberi kesan buruk buat kehidupan kita tetapi sesuatu yang kita fikir buruk adalah merupakan sesuatu yang baik untuk kita. Itulah buktinya bahawa Allah lebih mengetahui daripada hambanya.

Read More......

Tuesday, October 7, 2008

Tujuhpuluhribu Hijab

Read More......

Monday, October 6, 2008

Perlunya Meditasi untuk Pelajar

Saya terpesona ketika membaca petikan perbualan antara Saidina Ali r.a dan anaknya Saidina Husin. Sewaktu Saidina Husin masih kecil, dia pernah bertanya kepada ayahnya, Saidina Ali r.a, "Adakah ayah mencintai Allah?" Lalu dijawab oleh Saidina Ali ra, "Ya". Kemudian Saidina Husin bertanya lagi, "Adakah ayah mencintai datuk (Rasulullah saw)?" Saidina Ali r.a menjawab dengan jawapan yang sama seperti tadi. Mendengar jawapan tersebut lalu Saidina Husin pun bertanya, "Adakah ayah mencintai ibuku?" Saidina Ali r.a tetap juga memberikan jawapan yang sama seperti sebelumnya. Akhirnya Saidina Husin bertanya samada ayahnya mencintai dirinya dan Saidina Ali tetap menjawab, "Ya".

Dengan kebingungan saidina Husin bertanya kepada ayahnya, "Ayahku, bagaimanakah ayah menyatukan begitu banyak cinta di hatimu?" Sambil tersenyum Saidina Ali menerangkan dengan bijaksana kepada Saidina Husin, "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada datukmu (Rasulullah saw.), ibumu (Fatimah r.a) dan kepada kamu adalah kerana cinta kepada Allah. Kerana sesungguhnya semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta kepada Allah swt” Saidina Husin tersenyum apabila mendengar jawapan saidina Ali r.a. begitulah bijaknya Saidina Ali menjelaskan kepada anaknya dan begitu juga dengan Saidina Husin yang mampu melontarkan pertanyaan yang kita sendiri jarang-jarang terfikir tentangnya.

Kebijaksanaan itu dahulunya mungkin dikatakan sebagai satu pemberian (gifted). Namun jika kita faham dengan jelas apakah fungsi meditasi dan impaknya terhadap pemikiran kanak-kanak, kita akan tahu bahawa kebijaksanaan itu sebenarnya boleh dibentuk. Cuba kita renungkan mengapa kebanyakan pakar matematik dan IT datangnya dari India. Kita mungkin memikirkan ianya satu faktor keturunan tetapi apakah yang membentuk keturunan itu. Pastinya bermula dengan ibubapa. Di sana mereka mendidik anak-anak mereka untuk melakukan meditasi ketika kecil dan kemudian diberi makanan yang dapat memberi kekuatan kepada minda.

Banyak kajian telah membuktikan kebaikan dan manfaat meditasi kepada golongan pelajar. Salah satu kajian menunjukkan bahawa jika sekiranya anak-anak itu mempunyai tekanan maka tahap IQ mereka akan berkurangan sebanyak 13%. Tekanan yang diperolehi oleh kanak-kanak atau remaja bukan sahaja datang dari pembelajaran di sekolah, tetapi juga disumbang oleh factor persekitaran.

Kita juga tanpa sedar telah memberi tekanan kepada anak-anak kita apabila mengharapkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tanpa membantu membuka ruang memori mereka untuk lebih luas agar mudah menerima pembelajaran. Kita mungkin hanya menyuruh mereka membaca, tanpa melihat beban fikiran yang dibawa oleh seseorang kanak-kanak atau remaja.

Kajian saintifik (rujukan: Perceptual Motor Skills (39: 1031–1034, 1974)) yang dijalankan oleh para penyelidik ke atas para pelajar yang mengamalkan meditasi mindfulness (supersedar) mendapati terdapat peningkatan dalam kadar memori mereka. Ini bermakna semakin kerap mereka bermeditasi maka kadar memori mereka semakin baik dan luas dan justeru itu pembacaan mereka lebih banyak diingati.

Bahkan kajian tersebut juga menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan meditasi mempunyai struktur pengalaman yang baik dan kreativiti yang lebih bagus. Hal ini amat bermakna kerana sebelum ini ianya dapat menepis pendapat yang mengatakan bahawa keupayaan persepsi tidak boleh dimiliki sebelum mencapai kedewasaan.

Kita hanya akan melakukan perkara-perkara yang menuju ke arah negativiti hanya apabila kita terperangkap dalam penggunaan otak kiri yang berlebihan. Untuk itu kita perlu keluar dari otak kiri untuk mencapai kekuatan diri, dan fakta ini telah dibuktikan apabila kajian dijalankan terhadap mereka yang sedang bermeditasi (rujukan : Human Physiology 25: 171–180, 1999). Kajian tersebut mendapati komponen sensori dalam otak dapat disalurkan dengan lebih banyak di cortex. Hal ini menunujukkan peningkatan daya penggunaan otak kanan.

Otak kanan dapat memberi solusi yang jitu terhadap penyelesaian masalah, serta mampu membentuk sahsiah dan perwatakan yang baik kepada setiap individu. Ini bersesuaian dengan kajian yang ditulis dalam jurnal Modern Science and Vedic Science yang mengatakan bahawa pelajar universiti yang mengamalkan meditasi mempunyai peningkatan yang ketara di dalam pembangunan diri dan kesihatan psikologi.

Apabila kebaikan ini menjadi darah daging generasi muda kita, pastinya kita dapat melihat penurunan emosi negatif yang sering dimanifestasikan dengan perbuatan fizikal seperti kurang ajar, ponteng sekolah, pergaduhan atau hal hal yang berkaitan dengan penyakit sosial.

Untuk saya mengungkai manfaat meditasi supersedar (mindfulness) ini dalam bentuk kajian saintifik amatlah banyak dan ruang ini tidak dapat menampung rumusan hasil kajian tersebut. Namun ianya memadai untuk kita tahu bahawa meditasi sebenarnya merupakan satu faktor pengubah yang hebat yang tidak diketahui oleh masyarakat kita, kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan. Di Negara-negara maju misalnya, meditasi merupakan satu keperluan pembelajaran dan ianya dapat diterima ramai kerana telah terbukti secara klinikal.

Jika kita iniginkan anak yang mempunyai sikap baik dan mempunyai sahsiah murni, tidaklah cukup dengan hanya memberi nasihat atau motivasi tetapi perubahan dalaman perlu dilakukan, dan meditasi telah membuktikan keupayaannya dalam melakukan hal ini. Di Chicago misalnya, beberapa sekolah telah diminta oleh persatuan ibubapa dan guru untuk mewajibkan meditasi sebelum bermulanya sesi persekolahan setiap hari, kerana terdapat perubahan medadak dari segi akademik dan sikap anak mereka.

Menurut Dr. Rita Benn, seorang penyelidik dari Universiti Michigan, kanak-kanak yang melakukan meditasi sekurang-kurangnya tiga bulan akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kurang perasaan negatif dan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai bentuk situasi dan masalah. Perkara ini akan dapat membawa seorang remaja itu ke arah kematangan fikiran dan sikap dengan lebih cepat. Bukan itu sahaja, mereka bahkan dapat mencapai keputusan yang lebih baik dalam pelajaran.

Kini kajian terhadap impak meditasi dalam kehidupan pelajar dan individu banyak dilakukan oleh universiti terkenal seperti Harvard, Stanford, UCLA dan lain-lain. Saya sendiri telah berkali-kali diminta oleh para ibubapa untuk melatih anak-anak mereka melakukan meditasi untuk membentuk transformasi pembelajarann serta sikap yang cemerlang.

Generasi ini amat perlu kita bentuk jiwa mereka agar benar-benar mantap demi melahirkan kecemerlangan bangsa. Ini bukan omongan kosong tetapi telahpun dibuktikan secara saintifik. Jika generasi pelapis ini dibiarkan dengan kehidupan mereka yang ada sekarang, saya kira kita bakal menghadapi kemusnahan tamadun dan pastinya tanpa moral. Pembangunan fizikal semata-mata tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tidak berjalan seiring dengan pembangunan moral dan spiritual. Modal insan yang sebenar adalah jiwa yang mantap dan cemerlang.

InsyaAllah buat pertama kalinya saya dan rakan-rakan akan mengadakan program meditasi untuk pelajar di awal cuti sekolah ini, bertujuan agar mereka dapat membentuk satu sikap positif yang baru sepanjang cuti dan meraih kejayaan sepanjang hidup.
Bagi mereka yang ingin melakukan transformasi terhadap anak-anak mereka sila hubungi 012 – 660 2322 (En. Zairos) atau klik di sini untuk maklumat lanjut.

Read More......

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aildilfitri 1429H

Salam Aidilfitri dan mohon kemaafan zahir dan batin kepada rakan-rakan, para pelajar Program Soul Power, semua pengunjung blog ini dan seluruh Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada. Semoga lebaran ini disambut dengan penuh kasih sayang, keberkatan, ketakwaan dan keCINTAAN

Read More......

Tuesday, September 23, 2008

Sial Dalam Hidup

Zamri seorang yang berpelajaran dan mempunyai perwatakan menarik. Beliau juga merupakan seorang yang disenangi oleh teman-teman serta saudara mara kerana kemesraan dan budi bahasanya. Namun tidak seorang tahu kegelisahan hatinya yang begitu membeban hinggakan terbawa-bawa dalam tidur.

Zamri sering menganalisa dirinya bukan sebagaimana dirinya yang dilihat oleh orang ramai yang menyangka beliau seorang yang mempunyai kehidupan yang sempurna. Apa yang merunsingkan beliau ialah hampir setiap pekerjaan yang dilakukan berjaya sekejap dan kemudian jatuh merudum dan yang sering menjadi penyebab ialah keadaan sekeliling.

Menyingkap kembali hidupnya dari kecil hingga kini memang banyak malang yang menimpa beliau. Dalam keluarganya beliau kurang disukai oleh ibu bapanya, Terlalu banyak kenangan memilukan, antaranya, ketika beliau mendapat tempat pertama di sekolah tiada hadiah yang diberi oleh mereka tetapi adiknya yang mendapat nombor tercorot sering mendapat hadiah. Untuk menyedapkan hati beliau menanamkan fikiran positif, yang hadiah tersebut penting untuk adiknya sebagai motivasi.

Setelah meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran di universiti. Oleh kerana keputusan yang diperolehinya cemerlang beliau memohon untuk menyambung pelajaran ke luar negara disamping menghantar permohonan untuk ke beberapa universiti pilihannya dalam negara. Apabila mendapat surat tawaran beliau begitu hampa kerana semua pilihannya tidak diperolehi tetapi terpaksa mendaftar ke sebuah universiti yang baru dan langsung tidak termasuk dalam pilihannya.

Namun apa yang lebih menyedihkan setelah sebulan mendaftar, barulah beberapa tawaran ke institusi luar negara mendapat balasan. Tersepit oleh keadaan kewangan yang mendesak beliau tidak mampu untuk menerima tawaran tersebut lantas meneruskan pengajian di tempat sekarang. Kehebatannya di universiti terserlah di kalangan teman-teman hingga menjadi bahan rujukan.

Apabila tamat belajar, masing-masing mula mencari pekerjaan. Kejadian yang menyebabkan zamri begitu tertanya-tanya ialah mengapa setelah banyak surat permohonan yang dilayangkan satu pun tidak memanggilnya untuk temuduga dan yang menambah kehairanan beliau ialah teman-temannya dipanggil untuk ditemuduga sedangkan ada diantara mereka yang resumenya ditulis oleh zamri serta memohon tempat yang sama.

Oleh kerana zamri memang dikenali seorang yang ramah maka beliau mempunyai ramai teman tidak kira usia dan ada diantara temannya yang lebih berusia dan mempunyai kedudukan dalam syarikat. Memandangkan keadaan Zamri yang masih terkial-kial mencari pekerjaan maka dengan rela hati bantuan diberikan. Maka bermulalah era pekerjaan zamri. Pun begitu malang masih mengejarnya, tempat zamri bekerja mengalami kerugian dan akhirnya ditutup.

Zamri yang sedari mula telah dapat membau permasalahan itu telah membuat persiapan awal sebelum syarikat tersebut ditutup dengan mencari pekerjaan baru tetapi hingga akhirnya masih tiada hasil. Sekali lagi dengan bantuan teman beliau mendapat satu tawaran bekerja yang agak memuaskan. Di tempat baru zamri sering mendapat pujian dari orang atasannya kerana mutu kerjanya yang baik. Disangakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari begitulah juga dengan kegembiraan zamri di tempat barunya. Keadaan ekonomi Malaysia jatuh merudum menyebabkan ramai yang diberhentikan kerja dan banyak pula syarikat yang terpaksa gulung tikar. Sekali lagi zamri menjadi mangsa keadaan. Syarikat tempat beliau bekerja juga menjadi mangsa masalah ekonomi dunia dan terpaksa memberhentikan operasi. Maka kembalilah zamri ke status lamanya iaitu penganggur.

Walaupun ekonomi telah bernsur pulih dan akhirnya menjadi stabil kehidupan zamri tetap tidak stabil masih bertukar pekerjaan tanpa kerelaan hatinya. Mengenangkan apa yang terjadi jiwanya begitu sayu apatah lagi apabila melihat teman-teman seangkatan telah mula menjalani kehidupan yang sempurna. Beliau sering memikirkan mengapakan dirinya selalu malang hinggakan kini beliau menjadi buah mulut teman-teman hingga ada yang mengatakan bahawa zamri adalah seorang yang malas bekerja dan seorang yang mempunyai banyak masalah.

Pada zamri beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk mengubah taraf kehidupan, dan baginya tiada siapa di dunia ini yang inginkan kesusahan. Setiap orang di dunia pasti mahukan sebuah kehidupan yang sempurna dan tidak mempunyai masalah terutamanya dalam kewangan. Zamri akhirnya meluahkan isihatinya kepada seorang teman yang dipercayainya. Temannya berusaha mencari jalan untuk membantu Zamri dan membawa zambri berubat secara tradisional dengan seorang yang dikenalinya. Kerana tiada pilihan serta telah begitu kecewa dengan perjalanan hidupnya sekarang zamri menyetujui cadangan tersebut.

Pada hari yang ditetapkan mereka bertemu dengan kenalan temannya dengan harapan dapat mengubah perjalanan hidupnya. Menurut orang tersebut Zamri mempunyai sial kerana itu apa saja yang dilakukan tidak akan berhasil malah mendatang banyak masalah. Orang tersebut turut menceritakan masalah Zamri tanpa diberitahu oleh Zamri. Zamri kemudian dicadangkan untuk menjalani satu sesi rawatan dengan harga yang agak mahal tetapi kerana ingin mengubah nasib maka Zamri nekad untuk menjalani rawatan tersebut. Hasilnya nampak positif dalam seminggu tetapi masalah yang sama berulang kembali dan apabila dirujuk kepada kenalan temannya tadi jawapannya ialah sial yang ada dalam badan Zamri terlalu kuat dan meminta Zamri mencari orang lain.

Memikirkan mungkin ada kebenarannya, Zamri kemudian berusaha untuk mengubati dirinya hingga terpaksa pergi ke negeri seberang dan usahanya yang telah memakan tahun telah banyak membuatkan wangnya habis. Beliau begitu kecewa dengan apa yang berlaku; wangnya habis dan kehidupannya bertambah sempit. Sering beliau berfikiir tentang kehidupannya yang susah, Zamri kadangkala tertanya-tanya mengapa ramai teman-temannya yang sombong, dan gemar melakukan perbuatan mungkar boleh hidup senang sedangkan dirinya sering beribadah dan berdoa serta berusaha bersungguh-sungguh namun hasilnya ialah sebuah kegagalan.

Zamri tidak mahu menjadi bahan kemurkaan Tuhan hanya untuk mencapai kesenangan. Kebanyakan tempat rawatan yang disinggahi oleh Zamri mengatakan dirinya mempunyai sial. Terlintas difikirannya benarkah manusia ada yang dijadikan mempunyai sial sedang tiada siapa yang mahu menjadi sial. Dan jika benar sial pada manusia itu wujud maka pasti ada ubatnya kerana hanya maut sahaja yang tiada ubatnya. Soalan demi soalan menerjah ke minda Zamri. Kecewa dengan kehidupan yang semakin melarat Zamri mengambil keputusan untuk berhijrah ke satu tempat lain untuk memulakan sebuah kehidupan baru.

Setelah beberapa bulan berpindah Zamri mempunyai ramai kenalan. Zamri terus mengalami nasib yang sama dan ini disedari oleh salah seorang teman beliau. Zamri kemudiasn dengan rela hati menceritakan keadaan dirinya moga-moga tekanan yang dihadapinya berkurangan. Temannya nyata seorang yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kehidupan. Menurut temannya itu kehidupan lampaunya sama seperti Zamri bahkan lebih teruk hinggakan keluarganya sendiri mengganggap dirinya pembawa sial. Tetapi pada suatu hari beliau terbaca satu hadis yang huraiannya menyatakan bahawa ada diantara manusia itu yang diturunkan musibah ke atasnya kerana Allah swt ingin mendengar suaranya.

Temannya menasihati beliau untuk melihat apa jua perkara dalam sudut positif. Katanya anggaplah Zamri adalah orang terpilih kerana Allah ingin mendengar suaranya. Dan setiap satu musibah itu pasti ada hikmahnya dalam segi ilmu yang hakiki. Menurut temannya lagi jika ditakdirkan Zamri senang mungkin juga dia akan lupa Tuhan, dan apabila ditimpa musibah ingatan manusia itu terhadap Tuhan lebih dalam. Emosi dalam berdoa juga berubah, misalnya cuba diperhatikan emosi seseorang yang berdoa ketika senang hidupnya dibandingkan pula dengan emosinya berdoa ketika dalam kesusahan atau keperluan. Jauh sekali tahap emosinya, kerana ketika memerlukan seseorang itu berdoa seolah-olah melihat Allah swt namun ketika senang doanya tanpa merasa keberadaannya Tuhan.

Perasaan ini juga sebenarnya satu ilmu, ilmu yang tak mungkin dapat diajar mahupun dijual beli kerana hanya mereka yang mengalami perasaaan sedemikian akan merasakan. Perlu juga diingat apakah sangkaan kita terhadap Allah swt, jika baik sangkaan seseorang itu maka baiklah hasilnya dan begitu jugalah sebaliknya. Zamri meneliti nasihat yang diberi oleh temannya dan cuba sedaya upaya membaiki diri terutamanya terhadap Tuhan dan selalu melihat hikmah hakiki disebalik satu kejadian.

Kini Zamri menjadi seorang lebih berjaya dari temannya kerana menjumpai kerjaya yang sesuai hasil perenungan yang dalam ke dalam diri. Zamri percaya sial itu ada hanya jika dilihat dari sudut negatif serta keluhan tetapi sial itu sebenarnya tidak wujud jika segalanya dilihat dengan positif secara hakiki dan memperbaiki hubungan dengan Tuhan yang akhirnya membawa hikmah yakni kebijaksanaan.

Read More......

Monday, September 22, 2008

Rabi´a al-Adawiyya

O Lord,
If tomorrow on Judgment Day
You send me to Hell,
I will tell such a secret
That Hell will race from me
Until it is a thousand years away.

O Lord,
Whatever share of this world
You could give to me,
Give it to Your enemies;
Whatever share of the next world
You want to give to me,
Give it to Your friends.
You are enough for me.

O Lord,
If I worship You
From fear of Hell, burn me in Hell.

O Lord,
If I worship You
From hope of Paradise, bar me from its gates.

But if I worship You for Yourself alone
Then grace me forever the splendor of Your Face.

(Rabi´a al-Adawiyya, translation by Andrew Harvey and Eryk Hanut - 'Perfume of the Desert')

Read More......

Friday, September 12, 2008

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab


Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis

ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.

Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).

Firman Allah: (maksudnya)

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).
Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.

Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:

“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).

Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka.

Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu.

Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya.

Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.

Firman Allah: (maksudnya)

Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.

Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi:

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.

Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian.

Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis.

Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.

Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:

Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.
Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.
(Artikel asal boleh didapati di sini: http://drmaza.com/home/?p=409#more-409 )

Read More......

Thursday, August 28, 2008

Jiwa Merdeka Asas Kekuatan Diri


Setiap kali tiba tanggal 31hb Ogos kita akan melaungkan perkataan “merdeka! Merdeka! Merdeka!”. Setiap rakyat malaysia tanpa mengira usia, agama serta keturunan sama-sama menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Merdeka pada pandangan saya bererti bebas atau dengan kata lain tidak terikat. Maka jiwa yang merdeka bermakna jiwa yang bebas atau tidak terikat. Bercakap tentang keterikatan pasti akan membabitkan tiga perkara iaitu pihak yang diikat, pihak yang mengikat serta alat yang digunakan sebagai ikatan.

Seperti juga negara kita, sebelum mencapai kemerdekaan ia masih terikat dengan penjajahan bangsa asing. Manakala alat yang digunakan untuk ikatan penjajahan kala itu adalah kekuasaan. Bermula dengan Melaka yang dijajah hingga menjadi Malaya, generasi terdahulu ada yang bermandi peluh dan darah dalam melaksanakan misi mencapai kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan yang hari ini kita kecapi terhasil tanpa pertumpahan darah kerana ia diperolehi dari kebijaksanaan. Jarang sekali kita mengungkap ucapan terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah banyak berkorban untuk negara.

Dalam latihan Meditasi Islam, perjuangan itu satu kemestian kerana dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh beserta strategi yang canggih, kita akan memperolehi sebuah kemerdekaan.

Apa yang merdeka bukanlah minda sebagaimana yang selalu anda dengar tetapi jiwa yang merdeka. Jiwa kita sentiasa dijajah dan dimanipulasikan oleh minda yang korup yang juga dikenali dengan istilah lainnya conditioned mind. Hanya kerana conditioned mind ini kita tidak mampu melihat apa yang tersirat disebalik sesuatu hal dan apakah yang sepatutnya berlaku dan apakah yang tidak sepatutnya berlaku. Terjadinya conditioned mind ini kerana wujudnya pancaindera yang lima.

Jika kita hanya mempelajari kekuatan minda tanpa mengambil peduli anasir perosaknya maka pengetahuan hanya tinggal pengetahuan tanpa ada pembaharuan dalam pencapaian jiwa kerana yang ditekankan ialah kekuatan minda yang selama ini sebenarnya telah lama terbelenggu oleh rantai-rantai kegelisahan yang akhirnya melemahkan sistem tubuh seseorang itu baik secara fizikal mahupun spiritual. Ada juga yang bertanya mengapa Dr.Azhar menidakkan minda bawah sedar tetapi bagi saya yang bertanya soalan ini agak kurang mengerti tentang apakah yang dikatakan minda. Saya sama sekali tidak menafikan wujudnya minda bawah sedar dan seperti yang pernah saya nukil dalam beberapa siri artikel, (sub conscious mind) sebenarnya adalah eset yang kuat untuk manusia tetapi ianya juga adalah satu harta yang paling lemah dalam unsur-unsur manusia.

Kita ini sering lemah kerana wujudnya apa yang saya katakan tadi conditioned mind. Minda kita sering terkondisi dengan apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, apa yang kita bau dan serta rasa. Kondisi-kondisi ini yang banyak melemahkan kejiwaan kita kerana kegelisahan serta kekeliruan yang sering kita hadapi. Kita lapar tetapi apabila kita melihat banyaknya lauk pauk kita menjadi keliru walaupun sedikit tentang yang mana menjadi pilhan makanan kita. Untuk mencapai satu kesedaran yang super kita perlu melangkaui fenomena mind. Ini juga membuatkan seseorang itu keliru.

Saya pernah diajukan soalan yang mana sipenanya menyatakan beliau pernah mendengar tentang sains minda. Katanya minda terbahagi kepada tiga iaitu sedar, bawah sedar dan separuh sedar. Kata saya yang sebenarnya bukan separuh sedar tetapi super sedar, kalau separuh sedar itu nak panggil makhluk halus kata saya sambil berjenaka. Untuk mecapai kemerdekaan jiwa kita perlu berada di kesedaran yang tertinggi atau super. Ianya perlu melangkau minda (beyond mind) namun ia bukan hilang akal (out of mind). Apabila kita mencapai keadaan beyond mind maka jiwa kita akan merdeka.

Jiwa yang merdeka bebas dari keterikatan conditioned mind atau beban fikiran. Jika anda ingin mencapai kemerdekaan maka bebaskan diri anda dari keterikatan fikiran. Maka ada pula yang bertanya kalau tidak berfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan. Di sinilah uniknya kesedaran yang super atau minda super sedar, ianya masih berbentuk minda tetapi minda yang begitu halus dan melepasi minda yang sering mengikat manusia iaitu conditioned mind. Bagaimana mencapai kemerdekaan jiwa? Mungkin itu yang sedang anda fikirkan. Ada yang melalui jalan riadah yang dipanggil tarekat. Dalam riadah ini para pengamal diminta untuk melakukan zikir yang jumlahnya mencecah ribuan kali.

Dalam kursus meditasi Islam yang saya sering adakan terdapat juga mereka yang telah bertahun-tahun melatih diri dengan disiplin tarekat, satu soalan yang suka saya ajukan kepada mereka ialah mengapa perlu berzikir berpuluh ribu kali dalam satu jangkamasa yang ditetapkan. Jawapan yang sering saya terima ialah ‘tak tahu kerana itu yang disuruh’. Sebenarnya apabila anda melakukan zikir yang berjumlah beribu-ribu kali dalam satu jangkawaktu yang ditetapkan ianya mempunyai maksud tersirat iaitu ingin memenatkan fikiran dengan itu anda bebas dari conditioned mind dan mempunyai jiwa yang merdeka.

Kaedah lain pula ialah dengan mengikuti formula-formula meditasi islam yang akan membongkar setiap rantaian yang membelenggu jiwa. Apa perlunya jiwa yang merdeka? Jiwa yang merdeka akan menjadikan seseorang itu kental dalam mengharungi setiap permasalahan hidup. Hidup tanpa masalah itu bukan hidup namanya. Jiwa yang merdeka akan mejadikan seseorang itu mempunyai daya kreativiti yang begitu tinggi serta akan membuatkan seseorang itu berfikir secara out of box. Jika mereka menghadapi satu masalah baik yang besar mahupun kecil maka mereka akan keluar dari kotak fikiran yang membelenggu dan akhirnya menjumpai jawapan yang dicari.

Mereka yang berjiwa merdeka tidak merasakan tekanan itu satu tekanan tetapi mereka merasakan tekanan itu satu alat permainan. Hasilnya mereka cukup ceria, tidak stress serta panjang umur. Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang tenang dan jiwa yang tenang itu adalah jiwa yang kuat. Jiwa yang tenang juga akan memasuki syurga tempat di mana kita akan memperolehi apa jua yang kita hajati. Makanya di dunia ini juga jika mempunyai ketenangan jiwa yang begitu mendalam maka banyak perkara yang akan kita perolehi dan itu juga syurga.

Carilah jalan yang boleh membebaskan anda dari keterikatan fikiran dengan cara yang cepat dan efektif agar anda tidak lagi dijajah oleh conditined mind yang memacu kegelisahan jiwa. Lebih lama anda terikat lebih menderita jiwa anda dan lebih lemahlah sistem tubuh anda serta semakin kurang pula anda merasa wujudnya Tuhan.

Read More......

Monday, August 18, 2008

Terima Kasih DQ

Update 21 Ogos 2008


_________________________________


Terima Kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa Program Soul Power Perjalanan Menuju CINTA, PERKEMAT DQ, pihak pengurusan Darul Quran JAKIM dan seluruh pelajar yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripadaNya

Read More......

Monday, August 11, 2008

Rintihanku

o... Kekasih ku yang satu
aku mencari tetapi aku berlalu
aku mengejar tetapi aku tertipu
telah aku lalui segala lumpur
baru ku tahu yang aku hanya perlu tahu
yang aku hidup hanya dengan cinta Mu
tanpa cinta Mu aku hilang upaya
apa lagi untuk mengenal
aku juga hidup dengan rinduMu
tanpa rindu aku hilang arah
walau dalam terang, walau penuh peta di tangan
tiada jua ku lihat arah yang harus ku tuju
Oh Tuhan yang sentiasa amat ku cinta
Oh Tuhan yang terlalu ku rindu
tanpa cintaMu aku mati
tanpa rinduMu aku tidak pasti

k.a.s.s 19

Read More......

Perbezaan Minda Bawah Sedar dan Super Sedar

Sepanjang saya mengadakan kursus Soul Power, hampir 80% dari kalangan peserta mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang luas tentang kekuatan minda. Tetapi apa yang menarik ialah mereka tidak mengetahui tentang kewujudan Minda Super Sedar atau Super Conscious Mind. Mungkin jenis minda ini baru untuk masyarakat Malaysia, namun di Barat minda super sedar telah menjadi trend untuk megubah corak serta taraf hidup baik dari segi kewangan atau lain-lain. Pada pandangan saya ianya adalah modal terpenting manusia. Jika kita menggunakan minda super sedar maka jiwa kita akan mantap dan kental dalam mengharungi apa jua masalah dan ini akan membawa kepada emosi positif yang menjana kepada ketenangan minda.

Segalanya hendaklah bermula dengan ketenangan jiwa setelah itu barulah minda dan fizikal. Inilah yang dikatakan modal utama manusia untuk berjaya dalam apa jua bidang. Bermodalkan inilah kita lihat Ibnu Sina serta, Imam al Ghazali dan lain-lain cendiakawan berjaya memberi perubahan kepada dunia, mereka kesemuanya mempunyai jiwa yang tenang. Justeru itulah mereka dapat melihat sesuatu perkara itu dengan mendalam hingga melepasi batas akal manusia biasa.


Jenis-jenis Minda

Minda ini sebenarnya boleh diistilahkan sebagai kesedaran. Jika seseorang manusia itu tidak sedar maka mindanya tidak bekerja dengan sempurna. Contoh seseorang yang koma, mindanya masih ada tetapi tidak bekerja. Kerana itu dalam Islam kesempuranaan akal dan fikiran itu menjadi keutamaan dalam ibadah. Tahap Minda atau kesedaran boleh dikupas kepada tiga kategori iaitu:

1. Sedar (conscious)


2. Bawah sedar (sub conscious)


3. Super sedar (super conscious)


Kesedaran super sedar merupakan kesedaran tahap tertinggi manuasia. Pada saat kita mengalami kesedaran ini kita akan memperolehi penglihatan dan inspirasi yang begitu mendalam serta penglihatan yang menembusi kewaspadaan diri ibarat sebutir bintang yang bersinar di siang hari.


Salah seorang peserta kursus meditasi yang saya anjurkan bertanya mengapa dia selalu gagal dalam menggunakan minda bawah sedar. Pada pendapat saya jika seseorang itu gagal menggunakan kekuatan minda bawah sedar adalah kerana mindanya tidak kuat. Jika minda masih bercelaru dengan berbagai masalah yang membebankan bagaimana beliau mampu untuk menggali kekuatan minda bawah sedarnya.

Bagi saya minda bawah sedar ibarat alat-alat elektrik seperti tv yang canggih, namun jika tiada bekalan elektrik ianya hanya menjadi hiasan. Sumber untuk melihat kecanggihan tv tersebut ialah kuasa elektrik dan kuasa elektrik ini adalah minda super sedar. Jika minda kita tenang belum tentu jiwa kita tenang tetapi jika jiwa kita tenang sudah pasti minda kita tenang. Jika anda mengatakan minda anda pada tahap positif adakah kita masih merasa was-was dalam melakukan sesuatu, jika jawapannya ya maka sebenarnya jiwa anda masih bercelaru serta mempunyai emosi negatif.

Perjalanan minda bawah sedar ialah membawa minda keluar manakala minda super sedar berjalan menuju ke dalam diri membetulkan jiwa yang bercelaru. Minda super sedar sebenarnya membawa kepada muhasabah diri yang mencorakkan hidup anda hasil ketenangan jiwa. Apabila jiwa anda tenang, emosi anda pasti positif barulah minda anda tenang dan turut menjadi positif. Emosi yang positif memberi anda banyak tenaga serta semangat untuk melakukan apa jua pekerjaan yang anda laksanakan.

Setelah mencapai satu tahap super sedar seseorang itu akan mengalami keheningan diri yang memberikannya suatu pengalaman yang membawa kepada kekuatan jiwa serta motivasi diri. Meditasi yang sebenar akan membawa seseorang itu kepada empangan kreativiti serta tenaga jiwa tanpa batas yang akan menjadi asas kepada keharmonian fikiran serta menjadi kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Ini kerana minda akan mempunyai cukup tenaga dan berada pada tahap kesedaran tertinggi manusia yang membuatakan seseorang itu mempunyai kewaspadaan yang tinggi, kreativiti yang berkualiti.

Sementara itu tubuh fizikal akan mendapat rehat yang cukup kerana segala tekanan serta beban emosi yang ditanggung telah keluar melalui minda super sedar. Dengan jiwa yang tenang maka terpancarlah emosi positif yang mampu mengubah corak kehidupan seseorang itu. Apakah yang terjadi jika emosi seseorang itu berada dalam keadaan negatif ? Mengikut kajian oleh eqcoach antaranya ialah:
  • 75% kerjaya hilang arah tuju kerana permasalahan emosi

  • 70% dari kes kehilangan pelanggan adalah berkaitan dengan emosi.

  • 50% dari masa dalam perniagaan terbuang kerana tiada kepercayaan

  • 50% perkahwinan menemui gagal kerana emosi.

  • 75-90% daripada lawatan ke klinik atau hospital adalah kerana penyakit atau masalah yang berpunca dengan stress

Read More......