Suatu ketika dahulu saya memikirkan kerjaya seorang penulis ini agak mudah tetapi kini setelah mulai bergelumang dengan mata pena tahulah saya bukanlah sesuatu yang mudah untuk menterjemahkan idea atau persepsi yang kita miliki ke bentuk penulisan yang dapat difahami serta menarik minat orang lain untuk membacanya. Daripada tidak tahu akhir ianya kini menjadi satu hobi baru bagi saya untuk melakarkan wayang yang ada di minda saya dalam bentuk tulisan.
Kadangkala kita tahu apa yang hendak disampaikan namun ianya tidak dapat dijadikan tulisan kerana bentuk penyampaian yang kurang sesuai. Kini satu perkara yang menjadi kegemaran saya ialah memerhatikan gelagat orang ramai yang adakalanya menceriakan suasana dan ada ketikanya menjadikan suasana kelam kabut.
Hujung minggu lepas kebetulan saya tidak ada jemputan dan peluang ini saya ambil untuk bersantai di rumah. Dalam suasana yang santai ini bagi saya radio merupakan satu sumber yang baik untuk menceriakan suasana. Sebetulnya saya juga sudah agak lama mendengar radio. Tanpa diminta deejay yang bertugas memutarkan sebuah lagu yang memberi satu kesan yang mendalam dalam hidup saya. Ketika lagu dendangan penyanyi Michael Bolton berjudul When i'm back on my feet again, saya merasakan seperti ada satu suntikan semangat untuk berjuang memperbaiki diri. Liriknya yang begitu bermakna jika dihayati dapat mengembalikan semangat yang hilang. Lagu ini sering saya dendangkan walaupun kadangkala merosakkan lagu serta bersuara sumbang. Suatu ketika dahulu saya melalui kegagalan dalam banyak hal dan adakalanya suntikan motivasi yang mampu terus ke dalam jiwa perlu disemai. Lagu ini telah memberi motivasi yang baik untuk diri saya. Justeru ada teman-teman yang kadang kala bertanya bagaimanakah pengaruh sesebuah lagu terhadap seseorang.
Menurut salah seorang teman, lagu sebenarnya tidak banyak memberi unsur positif dalam hidup. Saya merasakan ada sedikit kepincangan dalam pandangan beliau kerana pandangannya itu dibuat tanpa melihat lagu atau secara amnya muzik secara menyeluruh. Sebagai contoh seseorang yang tengah mabuk bercinta pastinya akan mendengar lagu-lagu yang dapat membuai perasaan tetapi bagi mereka yang kecewa dalam bercinta lagu – lagu yang mempunyai lirik yang sedih akan menjadi pilihan. Hal ini bagi saya memperlihatkan role sebuah lagu dalam mempengaruhi sebuah kehidupan. Saya masih ingat sewaktu bersekolah menengah dahulu. Sekolah kami mempunyai satu minggu yang dipanggil minggu aktiviti. Ketika minggu aktiviti ada masanya kami dilatih oleh RAMD untuk memenuhi satu slot aktiviti. Apa yang saya dapat perhatikan ketika kami melakukan morning drill, pelbagai lagu yang dinyanyikan dan lagu-lagu ini bertujuan untuk menaikkan semangat.
Saya mempunyai pandangan bahawa lagu mampu mengubah perwatakan seseorang kerana jika setiap hari kita disajikan dengan lagu-lagu patriotic maka kita akan menjadi seorang yang patriotic. Maka tidak salah jika kita memilih lagu sebagai satu sumber motivasi diri. Sesebuah lagu mampu menjadikan seseorang yang buntu dalam kehidupan kembali ceria kerana lagu yang dinyanyikan oleh seseorang itu akan meresap ke jiwanya. Seseorang penyanyi akan menyanyi dengan penuh perasaan. Jika nyanyian tersebut tidak mempunyai penghayatan yang baik maka lagu tersebut tidak dapat dirasai oleh orang yang mendengar. Yang menjadi persoalan ialah lagu jenis apakah yang dapat memberi impak positif kepada seseorang. Saya berpendapat antara criteria yang utama untuk dilihat ialah pada liriknya. Lirik tersebut kemudian perlu dihayati ketika mendendangkan sesebuah lagu. Lirik yang baik dan positif sebenarnya secara tidak langsung menjadi auto suggestion kepada sub conscious memory untuk mengubah struktur emosi seseorang. Sewaktu anda menyanyikan sesebuah lagu dengan penuh perasaan maka apa yang berlaku ialah anda akan merasakan seolah-olah ianya sedang berlaku kepada anda atau dengan kata lain anda sedang mengalami sebagaimana yang tertulis dalam lirik tersebut.
Dalam sains minda telah dapat dibuktikan yang minda tidak mampu membezakan pengalaman yang betul atau tiruan. Oleh yang demikian sekiranya anda menyanyikan sebuah lagu yang penuh kesedihan maka kesedihan tersebut akan tersimpan dalam sub conscious memory anda hingga anda mampu memadamkannya. Justeru itu dalam Meditasi Islam antara perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah memadamkan memori-memori tersirat yang tidak lagi memberi manfaat untuk masa sekarang dan juga masa hadapan. Sekiranya kini anda sedang menghadapi pelbagai tekanan maka janganlah rasa berat atau terganggu untuk menyanyi tetapi dengan syarat ianya bukan sekadar menghiburkan hati bahkan perlu untuk memberi motivasi diri. Carilah lagu-lagu yang mempunyai lirik yang positif serta kuat. Setelah itu carilah pula melodi yang baik. Melodi juga memainkan peranan penting dalam memupuk unsur positif dalam diri seseorang.
Sekiranya melodi tersebut tidak dapat memcecah kedalaman rasa maka nyanyian hanya menjadi nyanyian tanpa pengisian. Apabila anda mendapat sebuah lagu yang liriknya mampu memberi impak positif dan disertai dengan melodi yang mampu merendakha frekuensi gelombang otak maka insya Allah dengan penghayatan yang betul ia akan menjadi satu suggestion untuk minda agar mengubah struktur emosi kepada positif. Dengan emosi yang positif anda akan mempunyai minda yang positif dan apabila minda dan emosi yang anda miliki positif tubuh akan sihat dan hidup akan ceria. Bukan pula menjadi satu kesalahan jika anda mampu membuat satu lirik yang dapat memberi suntikan semangat dan kemudian menyanyikannya. Ianya lebih baik kerana anda lebih mengetahui jalan yang ingin anda lalui manakala lirik tadi hanyalah satu suggestion atau inspirasi kepada minda.
Jauhi dari menyanyikan lagu-lagu yang dapat membawa jiwa ke arah yang tidak sihat seperti kemurungan atau keganasan. Mereka yang gemar mendengar lagu-lagu ganas lambat laun akan mempunyai jiwa yang ganas. Dan jika lagu lagu sedih menjadi pilihan anda kan mudah terperangkap dalam emosi yang tidak sihat serta menjadi seorang yang sensitif dan mudah sedih.
when i'm back on my feet again
i'll walk proud down this street again
and they'll all look at me again
and they'll see that i'm strong
and i'm not gonna crawl again
i will learn to stand tall again
no i'm not gonna fall again
cos i'll learn to be strong
sumber:Dr.A/mw/feb/2006
when i'm back on my feet again
i'll walk proud down this street again
and they'll all look at me again
and they'll see that i'm strong
and i'm not gonna crawl again
i will learn to stand tall again
no i'm not gonna fall again
cos i'll learn to be strong
sumber:Dr.A/mw/feb/2006