Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 kepada seluruh umat Islam terutamanya para peserta dan pengunjung setia blog soul power. Semoga tahun baru ini dipenuhi keberkatan dan di dekatkan hati kita kepadaNya
Selamat datang ke blog Soul Power! Blog ini merupakan satu wadah kepada saya untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang tak seberapa yang digarap sepanjang 17-tahun penglibatan saya dalam bidang alternatif dan complimentary medicines.
Artikel yang dipaparkan sebahagiannya hasil daripada kajian saya sendiri, maklumbalas daripada pelajar-pelajar yang telah mengikuti kelas Soul Power, dan artikel terpilih yang pernah disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita, termasuk isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat kita.
Anda dialu-alukan untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam blog ini.